Soal Rezeki
Ramai yang anggap rezeki itu ialah apa yang berada di genggamannya, apa yang dia miliki. Sedangkan, rezeki merupakan rahsia Allah yang kita sebagai hamba tak tahu macam mana percaturannya.
Dia lah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Allah berkuasa menaikkan dan menjatuhkan seseorang dalam sekelip mata sahaja.
Dek kerana kita ni hidup di zaman moden, yang serba serbi penuh dengan kehebatan arus kemodenan yang serba canggih, masing masing menjadikan jiwa kita terlalu menebal dengan materialistik.
Jiwa akan sentiasa gelisah bila takda duit di tangan, hati terlalu risau ingin menempuh masa depan yang masih tak pasti.
Dengan kenaikan kos sara hidup dan keperluan yang lain menambahkan lagi tekanan hidup. Semua perkara kita akan berkira walaupun ia sekecil kecil perkara.
Mampu makan di restoran mewah, tapi bila ada peminta sedekah, nak hulurkan seringgit pun susah.
Di tambah pula, sifat kebergantungan kita kepada sijil, kepada majikan, kepada kerja yang bergaji besar, menjadikan lagi sifat kebergantungan kita kepada Allah semakin luntur.
Ini kerana, kita dah berasa selesa dan menganggap hidup kita ni telah terjamin dengan apa yang kita ada. Si penuntut ilmu, belajar dan mengejar sijil dengan niat agar kerja nanti boleh mendapat gaji lumayan, jawatan tinggi, nak di pandang orang yang kita ini ialah orang 'berjaya', tak terlintas pun untuk menyumbang ilmunya untuk manfaat ramai, semuanya untuk kepentingan diri semata mata.
Aku selepas tamatkan pengajian diploma, aku bekerja di salah satu syarikat umrah. Dan setiap kali aku berjumpa dengan rakan rakan atau orang sekeliling, pasti dan pasti soalan pertama yang di tujukan adalah "gaji okay tak?" , aku hanya senyum dan menjawab "alhamdulillah". Adakah hakikat rezeki itu bergantung kepada besarnya gaji ?? tidak, aku yakin tidak.
Aku sedar apa yang aku miliki sekarang ini hanyalah pinjaman, selalu aku berpesan pada diri sendiri bahawa "dalam rezeki kita, adanya rezeki orang atau makhluk Allah yang lain".
Jangan pernah lokek dalam rezeki, terutamanya pada ibu ayah dan keluarga kita sendiri. Semakin ikhlas kita memberi, makin berlipat ganda Allah akan beri. Letakkan keyakinan kita sepenuhnya kepada Allah, pasti tak mengecewakan :)

Comments
Post a Comment