Posts

Soal Rezeki

Ramai yang anggap rezeki itu ialah apa yang berada di genggamannya, apa yang dia miliki. Sedangkan, rezeki merupakan rahsia Allah yang kita sebagai hamba tak tahu macam mana percaturannya. Dia lah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Allah berkuasa menaikkan dan menjatuhkan seseorang dalam sekelip mata sahaja. Dek kerana kita ni hidup di zaman moden, yang serba serbi penuh dengan kehebatan arus kemodenan yang serba canggih, masing masing menjadikan jiwa kita terlalu menebal dengan materialistik. Jiwa akan sentiasa gelisah bila takda duit di tangan, hati terlalu risau ingin menempuh masa depan yang masih tak pasti. Dengan kenaikan kos sara hidup dan keperluan yang lain menambahkan lagi tekanan hidup. Semua perkara kita akan berkira walaupun ia sekecil kecil perkara. Mampu makan di restoran mewah, tapi bila ada peminta sedekah, nak hulurkan seringgit pun susah. Di tambah pula, sifat kebergantungan kita kepada sijil, kepada majikan, kepada kerja yang bergaji besar,

Masih Berbaki 1,000

Laut tetap  biru. Bayu tetap menderu. Aku fikir tempat ini mesti masih cantik macam selalu. Silau! matahari memancar terlalu terang hingga tak banyak yang mampu ku pandang, kali ini bagai tiada ruang untuk bertenang. Sungguh. Cahaya yang menyilau ini terlalu mengganggu. Namun jiwa degil ini enggan mengalah dan enggan memilih keluh kesah. Lalu aku tetap teguh berdiri. Bersinarlah semahumu wahai mentari. Aku tak peduli seberapa terik kau mahu menduga aku disini. Ku pejamkan sahaja mata. Ternyata saat hilang pandangan,terserlah nikmat lain yang kadang ku abaikan. Mendengar ombak menghempas pantai. Menikmati nyamannya bayu yang membelai. Jiwa damai. Benar benar damai. Allahu Rabbi. Sungguh takda nikmatnNya yang mampu ku dustakan saat ini. Hilang nikmat satu, aku masih ada seribu lagi. Aku fikir kehidupan kita juga macam itu. Meski sarat dengan pelbagai nikmat, kebahagiaan tetap bergantung pada apa yang kita mampu lihat.  Meski 1001 keindahan ada di depan mata, satu halangan sahaja

Ya Allah, aku futur ..

Futur.  Terkadang kita tak sedar yang kita sedang futur. Kita tak sedar terkadang iman makin melemah, semangat makin merudum. Badan makin malas, ibadah makin sumbang. Duniawi telah memamah hati dan sedikit demi sedikit kita merasa jengkel dengan mereka yang semangat untuk Islam dan dakwah. Ya Allah, aku sedang futur. Aku mula mencari puncanya, hati tak tenang, jiwa gundah gulana. Maka didetik dimana hati makin kering dengan semangat, maksiat mula bermaharaja lela dalam diri, maka aku perlu cepat sedar diri. Perlu bangkit dan buat sesuatu. Jangan kalah dengan keadaan kita, kerana kita seorang je dapat kawal keadaan kita! bangkit Suraya bangkit ! Tiada yang dapat selamatkan diri kita sendiri, melainkan kita yang bergerak untuk berjihad dengan diri. Terkadang tiada siapa dapat menyedarkan kita, namun kita juga yang tahu hati ini perlu dijentik dikejutkan.   Allah.. Inginku hentikan langkah ini bagaikan tak mampu untukku bertaham, semangat tenggelam, lemah

Sebenar-benar ketenangan

Mencari ketenangan hati adalah sesuatu yang sangat susah untuk ditemui. Sekalipun kita mempunyai harta yang banyak, serta kemewahan dunia yang takda bandingannya. Tapi tu semua tak menjamin kbahagiaan dan ketenangan dilubuk hati seorang insan yang kerdil seperti AKU. Sesekali aku termenung sendiri dan memikirkan tentang sebuah kehidupan yang telah aku lakarkan. Apakah bentuk yang telah aku corakkan disepanjang rintangan masa lalu ku? Adakah aku sedang merosakkkan lakaran kehidupanku dengan menconteng segala benda hitam padanya? Ataukah aku sedang berhati-hati dalam mencorakkan kehidupan aku sendiri? Hanya aku dan Allah yang mengetahui pengetahuan yang sebenar. Allah sedang memerhati tsnpa sedikit pun terleka akan setiap sesuatu. Sedangkan aku? Aku pula lalai tentang dosa-dosa aku, kadang-kadang aku dibawah, kadang-kadang aku diatas, tanpa sedar aku telah jauh tersasar lalu Allah memberi peringatan dalam macam-macam bentuk, jika hati punya iman akan cepat kembali pada pangkal jala