Masih Berbaki 1,000
Laut tetap biru. Bayu tetap menderu. Aku fikir tempat ini mesti masih cantik macam selalu. Silau! matahari memancar terlalu terang hingga tak banyak yang mampu ku pandang, kali ini bagai tiada ruang untuk bertenang.
Ku pejamkan sahaja mata. Ternyata saat hilang pandangan,terserlah nikmat lain yang kadang ku abaikan. Mendengar ombak menghempas pantai. Menikmati nyamannya bayu yang membelai. Jiwa damai. Benar benar damai.
Allahu Rabbi. Sungguh takda nikmatnNya yang mampu ku dustakan saat ini. Hilang nikmat satu, aku masih ada seribu lagi.
Aku fikir kehidupan kita juga macam itu. Meski sarat dengan pelbagai nikmat, kebahagiaan tetap bergantung pada apa yang kita mampu lihat.
Meski 1001 keindahan ada di depan mata, satu halangan sahaja pun buat kita merintih bagai sudah hilang keindahan yang lain. Allahu Rabbi. Ampuni aku
Comments
Post a Comment