Sebenar-benar ketenangan
Mencari ketenangan hati adalah sesuatu yang sangat susah untuk ditemui. Sekalipun kita mempunyai harta yang banyak, serta kemewahan dunia yang takda bandingannya. Tapi tu semua tak menjamin kbahagiaan dan ketenangan dilubuk hati seorang insan yang kerdil seperti AKU.
Sesekali aku termenung sendiri dan memikirkan tentang sebuah kehidupan yang telah aku lakarkan. Apakah bentuk yang telah aku corakkan disepanjang rintangan masa lalu ku? Adakah aku sedang merosakkkan lakaran kehidupanku dengan menconteng segala benda hitam padanya? Ataukah aku sedang berhati-hati dalam mencorakkan kehidupan aku sendiri? Hanya aku dan Allah yang mengetahui pengetahuan yang sebenar. Allah sedang memerhati tsnpa sedikit pun terleka akan setiap sesuatu. Sedangkan aku? Aku pula lalai tentang dosa-dosa aku, kadang-kadang aku dibawah, kadang-kadang aku diatas, tanpa sedar aku telah jauh tersasar lalu Allah memberi peringatan dalam macam-macam bentuk, jika hati punya iman akan cepat kembali pada pangkal jalanNya. Ya Allah, berilah aku cukup waktu untuk menebus segala kekhilafan itu.
Ketenangan dan kebahagiaan tu sebenarnya sgt dekat. Ia ada pada jiwa yang bersih, ia akan hadir pada hati yang mencari keredhaan Allah. Carilah redha Allah, berusahalah untuk menemui jalan menuju jalanNya kerana disitulah kau akan temui ketenangan dan kebahagiaan sebenar-benarnya. Tapi perlu diingat, bermula langkah pertama kita menuju Allah, kt situ bermulanya 1001 dugaan dan cabaran yang akan membuatkan kita sendiri berputus asa dan letih, kuatkanlah tekad, bersabar dan berdoalah mudah-mudahan kita semua selamat hingga akhirnya, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Sekalipun manusia memandang kau takda apa-apa, tapi sebenarnya kau lah pemilik kebahagiaan tu. :)
Comments
Post a Comment