Posts

Showing posts from January, 2016

Masih Berbaki 1,000

Laut tetap  biru. Bayu tetap menderu. Aku fikir tempat ini mesti masih cantik macam selalu. Silau! matahari memancar terlalu terang hingga tak banyak yang mampu ku pandang, kali ini bagai tiada ruang untuk bertenang. Sungguh. Cahaya yang menyilau ini terlalu mengganggu. Namun jiwa degil ini enggan mengalah dan enggan memilih keluh kesah. Lalu aku tetap teguh berdiri. Bersinarlah semahumu wahai mentari. Aku tak peduli seberapa terik kau mahu menduga aku disini. Ku pejamkan sahaja mata. Ternyata saat hilang pandangan,terserlah nikmat lain yang kadang ku abaikan. Mendengar ombak menghempas pantai. Menikmati nyamannya bayu yang membelai. Jiwa damai. Benar benar damai. Allahu Rabbi. Sungguh takda nikmatnNya yang mampu ku dustakan saat ini. Hilang nikmat satu, aku masih ada seribu lagi. Aku fikir kehidupan kita juga macam itu. Meski sarat dengan pelbagai nikmat, kebahagiaan tetap bergantung pada apa yang kita mampu lihat.  Meski 1001 keindahan ada di depan mata, satu halang...