Posts

Showing posts from October, 2015

Ya Allah, aku futur ..

Futur.  Terkadang kita tak sedar yang kita sedang futur. Kita tak sedar terkadang iman makin melemah, semangat makin merudum. Badan makin malas, ibadah makin sumbang. Duniawi telah memamah hati dan sedikit demi sedikit kita merasa jengkel dengan mereka yang semangat untuk Islam dan dakwah. Ya Allah, aku sedang futur. Aku mula mencari puncanya, hati tak tenang, jiwa gundah gulana. Maka didetik dimana hati makin kering dengan semangat, maksiat mula bermaharaja lela dalam diri, maka aku perlu cepat sedar diri. Perlu bangkit dan buat sesuatu. Jangan kalah dengan keadaan kita, kerana kita seorang je dapat kawal keadaan kita! bangkit Suraya bangkit ! Tiada yang dapat selamatkan diri kita sendiri, melainkan kita yang bergerak untuk berjihad dengan diri. Terkadang tiada siapa dapat menyedarkan kita, namun kita juga yang tahu hati ini perlu dijentik dikejutkan.   Allah.. Inginku hentikan langkah ini bagaikan tak mampu untukku bertaham, semangat tenggel...